Tuesday, October 14, 2008

Sikap yang perlu ada untuk berjaya

"Anda seorang yang telah pun berpengalaman di dalam perniagaan internet?"

Saya pasti anda selalu menerima emel yang bunyinya seakan-akan sebegini… Jika anda baru lagi dengan bisnes internet ini, tunggu dan lihat nanti.

  • "bagaimana saya boleh menjana pendapatan di internet secara mudah dan cepat?"
  • "saya tak ada kad kredit, bagaimana saya hendak menyertainya?"
  • "boleh tak saya datang rumah awak untuk belajar? saya tak ada laptop lagi tapi saya boleh bawa thumb drive…" (kisah benar)
  • " ada tak cara dapat duit dengan senang ? tapi tidak menggunakan kad kredit ? Sebab saya tak ada kad kredit.."
  • "saya nak nombor telefon saudara untuk belajar bisnes internet."
  • dan banyak lagi…

Kesimpulannya, ramai yang mahukan pendapatan melalui internet tetapi tidak ramai yang mempunyai mentaliti untuk menjana sebarang pendapatan di internet.

Lihatlah sendiri contoh emel yang saya dapat di atas. Kebanyakkannya cuma inginkan jalan mudah untuk mendapat kejayaan. Ya, memang ada yang berjaya mendapat pulangan lumayan dalam masa yang singkat tapi ianya tidak benar untuk kebanyakkan orang.

Bukan setakat itu sahaja, ada yang tiada hormat langsung apabila bertanyakan sesuatu kepada saya. Adakah ini ciri-ciri orang yang perlukan bantuan? Selalunya emel sebegini akan masuk ke dalam "tong sampah maya" saya sahaja tanpa sebarang jawapan kerana sikap orang yang bertanya itu sendiri.

Topik ini memang tidak membincangkan bagaimana anda boleh menjana pendapatan di Internet tetapi ianya lebih kepada menjiwai diri anda sendiri tentang betapa pentingnya mempunyai jati diri, mentaliti dan juga keupayaan membina perniagaan internet.

Beberapa butir penting yang saya boleh rumuskan di sini:

  • Hormat kepada orang yang anda hendak ditanya. Berikan soalan yang ringkas tetapi cukup informasi untuk dijawab oleh "mentor" anda.
  • Jika soalannya mudah, cari sendiri jawapannya. Internet adalah sumber ilmu yang terbentang luas. Forum perbincangan juga merupakan sumber yang baik.
  • Laburkan sedikit wang untuk diri anda. Contohnya, sudah banyak orang membincangkan pasal PayPal, E-gold, Liberty Reserve dan matawang digital lain Jangan disebabkan anda ingin terlalu berjimat untuk ilmu sebegini sehingga mengganggu masa orang lain dengan soalan anda.
  • Tiada jalan pintas untuk berjaya. Kadang-kadang anda akan gagal beberapa kali sebelum melihat kejayaan kecil anda buat pertama kalinya. Jadi jangan berputus asa dan bersedia untuk gagal.
  • Jangan lupa mantapkan diri anda dengan ilmu teknikal dan "soft-skills". Ingat! Perniagaan internet juga melibatkan orang dan anda perlukan jaringan usahawan yang berjaya di kemudian hari.

Akhir sekali…

  • Ramai yang mahukan pendapatan dari Internet tapi… cuma yang layak sahaja akan memperolehinya, isilah borang yang telah kami sediakan didalam replikasi dibawah ini ada banyak lagi faedah yang akan dapat anda lihat... Ok! all the best semoga anda sukses...